KERANA percaya bahawa antara bisnes dengan peperangan ada persamaan, maka strategi Rasulullah berperang digunakan. Wajib tahu ilmu, seni dan strategi peperangan sebelum melangkah untuk berperang. Kesilapan masa lalu, ramai yang masuk medan bisnes tanpa melengkapkan diri dengan ilmu bisnes.

Atau mereka menyangka ilmu yang diperoleh itu sebagai ilmu bisnes. Jikalau diperhatikan dengan dekat, di sekeliling kita ini lebih ramai yang gagal bisnes berbanding yang berjaya. Hasrat untuk memulakan dan menjalankan bisnes memang amat terpuji tetapi melihat jumlah yang gagal berganda-ganda banyaknya dan yang berjaya hanya sekelumit, bukankah sudah sampai masa berhenti sejenak berfikir -- "Bagaimana kita boleh berjaya di dalam bisnes."

Ilmu bisnes yang tepat dan mengamalkan ilmu tersebut. Walasri.com akan menggunakan strategi yang digunakan Rasulullah dalam peperangan. Strategi mudah tersebut akan tekankan kepada warga Walasri.com agak dapat mengelak kegagalan dan seterusnya meningkatkan kejayaan.

Strateginya amat mudah:

1. Matlamatnya adalah untuk menang. Adakah Rasulullah dan pasukannya berperang menjangkakan, mengharapkan, bermatlamat untuk kalah? Matlamat sebenar bisnes adalah berjaya dengan cemerlang, dapat membayar zakat dengan banyak dan menggunakan hasil kejayaan bisnes itu untuk membantu mereka yang memerlukan.

2. Berilmu dan melaksanakan ilmu bisnes. Ilmunya mesti tepat. Sebelum dihantar ke medan peperangan, tentera Islam diajar peperangan yang tepat barulah pergi berperang.

3. Sebelum itu juga, proses merekrut tentera juga dijalankan. Ada tentera untuk pasukan berkuda, pasukan pemanah, pasukan berjalan kaki dan lain-lain. Ada pemimpin dan ada pengikut. Tidak semua orang diambil untuk berperang. Begitu juga dengan bisnes -- hanya yang layak sahaja mampu menjalankan bisnes sehingga berjaya.


MEREKRUT, MEMBEKALKAN ILMU

Peperangan Rasulullah dimulakan dengan merekrut tentera yang berkelayakan. Walasri.com membuka pintunya untuk siapa sahaja yang mahu menjadi usahawan, tetapi bersyarat. Syaratnya ialah -- mengikut streategi peperangan Rasulullah. Gunakan kreativiti sendiri tetapi mestilah mengikut strategi peperangan Rasulullah s.a.w. Semasa menjadi rekrut hendaklah mempelajari ilmu pengurusan dan bisnes. Peperangan ada ilmu strategi, penggunaan senjata, menyerang, bertahan, dan lain-lain. Semasa menjadi rekrut dalam bisnes hendaklah mempelajari ilmu bisnes yang tepat. Mendapat ilmu yang tidak tepat juga penyebab gagal bisnes. Ilmu pengurusan, pemasaran, penjualan adalah antara ilmu bisnes. Kesilapan pada masa lalu tidak akan diulangi. Apa kesilapan masa lalu? Anda mungkin pernah terkena -- bukan ilmu bisnes yang tepat sebaliknya 'motivasi-motivasi'. Lebih melucukan, ada slot 'nangis-nangis' di dalam 'motivasi' tersebut. Bolehkah 'nangis-nangis' dan 'motivasi' itu diaplikasikan dalam bisnes?


KUALITI KEUTAMAAN

Bukan bisnes jikalau tidak ada produk berkualiti. Bukan bisnes juga jikalau tidak ada urusan jual beli. Urusan jual beli yang dimaksudkan ialah -- pembekal produk tempatan membekalkan produk berkualiti kepaad Walasri.com. Tiodak semua pengeluar boleh menjadi pembekal kepada Walasri.com. Hanya pembekal yang bekelayakan dan memenuhi syarat tertentu (mengutamakan kualiti) sahaja yang akan dipilih menjadi pembekal produk kepada Walasri.com.


KESIMPULAN BISNES

Untuk memudahkan, inilah kesimpulan bisnes Walasri.com: 1. Pembekal membekalkan produk berkualiti kepada Walasri.com, dengan syarat tertentu (yang ketat). 2. Usahawan-usahawan (yang juga disebut warga Walasri.com) akan menyampaikan produk tersebut ke tangan pengguna. Sebelum itu, usahawan-usahawan tersebut mesti memasuki Sekolah Bisnes di bawah Walasri.com. Usaha mereka akan diberi berbagai-bagai insentif yang lumayan.


INSENTIF LUMAYAN

1. Komisyen

2. Pendapatan bulanan

3. Pelaburan

4. Insurans

5. Pendaftaran Haji dan seterusnya pembiayaan Haji

6. Umrah bagi yang telah mendaftar Haji atau yang telah menunaikan atau sedang menunggu giliran untuk menunaikan Haji. Insentif ini bagi mendidik bahawa Haji itu adalah Rukun Islam dan mesti diutamakan. Umrah pula adalah sunat

7. Melancong sambil belajar

8. Saham dalam bisnes-bisnes lain Walasri.com


PERKEMBANGAN BISNES

Perkembangan bisnes Walasri adalah untuk kebaikan umat Islam. Perkembangan bisnes juga berasaskan keperluan dan kewajipan umat Islam iaitu menyediakan dan menggunakan produk Halal. Benar-benar Halal bukan Halal hanya pada sijil dan logo sahaja. Perkembangan bisnes ini juga bagi memastikan ahli Walasri.com memperoleh faedah (misalnya, saham atau perkongsian bisnes) Antara yang dirancang ialah:

1. Ternakan dan pertanian bagi memenuhi keperluan produk Halal bukan sahaja untuk Islam bahkan untuk bukan Islam. Trend terkini menunjukkan bukan Islam juga memilih produk Halal.

2. Rumah penyembelihan ayam yang benar-benar mementingkan Halal. Bukan sekadar logo Halal.

3. Rangkaian restoran Halal.

4. Pengilangan makanan keperluan yang Halal.

5. Rangkaian Supermarket Halal.

NOTA PENTING: Ini semua masih dalam bentuk matlamat dan perancangan. Perlukan rakan kongsi yang mempunyai modal dan sama-sama mahu berjuang untuk menjayakan bisnes bagi memenuhi keperluan umat Islam ini. Sila hubungi >>